1 MEGAPA MEMILIH BIDANG TERNAKAN ?
Bidang ternakan ada lah satu perniagaan dan tidak seharusnya dianggap sebagai satu hobi bagi seseorang yang inginkan satu pelaburan yang menguntungkan. Salah anggapan masyarakat atau pelabur yang mempunyai tanggapan negative bahawa projek ternakan memerlukan kawasan yang luas,lambat memberi pulangan dan berisiko tinggi ada lah tidak benar, kerana dengan kaedah moden masa kini , isu isu tersebut boleh di atasi. Faktor yang kedua ,bidang ternakan tetap berpotensi kerana ia nya salah satu bidang yang mengeluarkan makanan berprotin kepada manusia. Penduduk dunia semakin bertambah ,sudah semestinya permintaan sentiasa wujud ,malah semakin tinggi permintaan nya.
2 BAGAIMANA KAH CARANYA UNTUK MEMILIH JENIS BIDANG TERNAKAN YANG SESUAI ?
Bagi seseorang peniaga kebanyaknya lebih suka memilih projek yang cepat memberi pulangan atau, tempoh pemeliharaan yang cepat, mudah dan mempunyai risiko yang rendah. Bagi memudahkan pelabur membuat pemilihan projek, saya lebih suka memberi petunjuk berdasarkan 3 faktor ia itu
a. Tempoh projek dan keluasan
b. Keperluan modal minimum dan kadar keuntungan.
c. Kekuatan permintaan dan penawaran produk
Pemilihan Projek Berdasarkan Tempoh Pemeliharaan.
Kategorikan projek ternakan mengikut tempoh pemeliharaan ada 3 ia itu ;
a Projek jangkamasa panjang
b Projek jangkamasa sederhana
c Projek jangkamasa pendek.
Projek Jangka Masa Panjang,
Ternakan yang masuk dalam kategori ini ialah menternak lembu pedaging dan tenusu sistem anak –induk (pembiak) , kerbau pedaging dan tenusu, burung unta ,rusa dan sebagainya. .
Projek Jangkamasa sederhana.
Ternakan yang masuk dalam kategori ini ialah kambing pedaging/tenusu, dan bebiri,
Projek Jangkasamasa pendek.
Projek tempoh jangkamasa pendek dikategorikan sebagai projek sistem intensif, dimana ternakan biasanya dikurung sehingga ke peringkat jualan. Ternakan yang masuk dalam kategori ini ialah ayam pedaging/penelur, ayam kampung,ayam belanda,itik pedaging/penelur,puyuh pedaging/penelur,arnab .
Setiap kategori projek tersebut memerlukan keluasan tanah yang berbeza, dan sistem pengurusan yang berlainan.
Kategori Ternakan | Jenis ternakan | Tempoh boleh dijual | Keperluan Luas kawasan |
A Jangkamasa Panjang | 1 Lembu pembiak daging/tenusu Sistem ladang, 2 Lembu pembiak daging sistem integrasi 3 Kerbau pembiak daging/tenusu Sistem ladang, 4 Burung unta, 5 Rusa | 2 tahun 2 tahun 2 tahun 2 tahun 2 tahun | 3 ekor per ha 1.5 ekor per ha 3 ekor per ha 5 ekor per ha 25 ekor per ha |
BJangkamasa Sederhana | 1 Kambing pedaging/tenusu, sistem ladang 2 Bebiri Pedaging sistem ladang 3 Kambing pedaging sistem integrasi 4 Itik penelur, | 1 tahun 1 tahun 1 tahun 6 bulan | 42 ekor per ha 42 ekor per ha 15 ekor per ha Min 0.5 ha |
C Jangkamasa Pendek | 1 Ayam pedaging, 2 Itik pedaging, 3 Ayam Belanda, 4 Burung puyuh pedaging, 5 Buung puyuh penelur 6 Lembu fidlot 7 Ayam penelur 8 Ayam kampung | 56 hari 70-84 hari 3-7 bulan 42 hari 42 hari 3 -6 bulan 4 bulan 4-6 bulan | Min 0.5 ha Min 0.5 ha Min 0.5 ha Min 0.5 ha Min 0.5 ha Min 1.5 ha Min 1 ha 0.2 ha |
Setiap jenis ternakan mempunyai keperluan modal asas dan memberi kadar keuntungan yang berbeza beza. Biasanya projek tempoh jangka masa pendek mengikut sistem intensif, keperluan modalnya lebih besar tetapi pulangan balik modal nya lebih cepat
No comments:
Post a Comment